EMAS DALAM AKAUN GAP BOLEH PAJAK KER...?
Untuk pengetahuan anda, emas yang disimpan dalam akaun emas GAP Public Gold boleh dipajak di Ar-Rahnu. Menarik kaaann... Kadar GAP Ar-Rahnu adalah mengikut harga semasa GAP (daily changes). Ini adalah nilai marhum untuk GAP Ar-Rahnu. Jumlah pinjaman yang diberikan adalah sebanyak 70% dari nilai marhum, Upah simpan sebanyak 1% dari nilai marhum sebulan. Tempoh pinjaman adalah 6 bulan. MACAM MANA NAK BUAT AR-RAHNU GAP ? Ada 2 cara untuk buat Ar-Rahnu GAP: #1. Terus walk-in ke cawangan Public Gold yang terdekat #2. Mohon secara online utk membuat transaksi Ar-Rahnu melalui website Public Gold ataupun apps Public Gold. Untuk makluman, bayaran akan di bank-in ke akaun anda dalam tempoh 3 hari bekerja. MACAM MANA NAK TEBUS SEMULA GAP YANG DIPAJAK ? Penebusan semula GAP juga boleh dibuat secara online. Anda hanya perlu bank-in jumlah yang perlu dibayar ke akaun GAP Ar-Rahnu. Setelah diluluskan, gram emas akan dimasukkan ke akaun GAP anda dalam tempoh 5 hari bekerja. Mudah kaaann...