KISAH 100 DINAR EMAS

Emas adalah aset kecil yang anda boleh kumpul untuk mendapatkan aset yang lebih besar.

Contohnya, anda simpan emas yang kecil-kecil, seperti 1 dinar dengan konsisten.

Anda terus kumpul 1 dinar sehingga anda mempunyai banyak dinar emas.

Anda hanya jual dinar ini apabila ada peluang untuk mendapatkan aset yang lebih besar.

Game anda adalah Aset tukar kepada Aset.

Jangan jual emas semata-mata kerana harga tinggi, sebab ada risiko anda terguna, terpakai dan terbelanja wang tersebut. Maklumlah dah untung kan…

Tips ini saya belajar dari customer yang hobinya mengumpul satu dinar emas. 

1 dinar … 1 dinar … 1 dinar…

Lama-kelamaan, beliau dah ada 100 dinar.

Kemudian beliau jual 100 dinar ini kepada saya. Saya ingat lagi waktu tu harganya RM465 (waktu itu harga Dinar emas murah...). Total saya bayar kepada dia ialah RM46,500.

Duit ini dia guna untuk beli tanah. Yaaaa.... inilah teknik terbaik untuk kumpul emas. 

Bila ada peluang, tukar aset emas menjadi aset yang lebih baik. Anda pasti tersenyum. 

Jangan jual emas sebab harga tinggi. Sebab anda tak tahu apa akan jadi dengan cash tersebut. Ntah ntah nanti jadi asap…

 

Kredit: Syukor Hashim

Comments

Popular Posts