EMAS SEBAGAI INSURANS KEWANGAN

 


EMAS merupakan insurans kepada sistem kewangan diri sendiri kerana simpanan WANG seringkali bocor bagi sesetengah orang. 

EMAS punyai emosi untuk menambah simpanan manakala WANG mempunyai tarikan untuk berbelanja.

Jadi, cuba tukarkan simpanan dalam bentuk EMAS


JADIKAN EMAS SEBAGAI INSURANS KEWANGAN

Guru emas saya pernah beritahu, salah satu kelebihan emas adalah ia boleh menjadi insurans kekayaan.

Apa maksudnya?

Maksudnya, ia membolehkan anda kekal kaya walaupun dalam situasi ekstrim.

Sebagai contoh, jika anda simpan emas di rumah. Jika berlaku kebakaran, semua harta benda akan musnah kecuali emas. Walapun takat lebur emas adalah 1063 Celcius, namun emas yang lebur tidak hilang nilainya.

Emas juga tidak boleh dimusnahkan. Jika ditanam di dalam tanah ia tidak reput, masuk ke dalam laut pun ia tetap bertahan.

Nilai emas ada pada dirinya sendiri. Sebab itu, jika anda beli emas di mana-mana tempat sekali pun, anda tidak perlu risau jika kedai tersebut gulung tikar. Emas anda tetap bernilai.

Ini berbeza dengan kekayaan dalam bentuk kertas. Ia hanya bernilai jika mempunyai sokongan daripada institusi yang mencipta kekayaan tersebut.

Sebagai contoh, Unit Trust bernilai selagi mana syarikat unit trust tersebut wujud. Saham hanya bernilai selagi mana syarikat tersebut wujud. Wang kertas hanya bernilai selagi mana kerajaan yang mengeluarkan duit tersebut wujud.

Dalam situasi ekstrim seperti peperangan, anda terpaksa tinggalkan kekayaan dalam bentuk rumah dan tanah, tidak boleh dibawa lari. Namun, anda boleh bawa emas bersama-sama anda dan lari ke mana-mana sahaja di seluruh dunia. Ia pasti diterima oleh manusia lain sebagai benda bernilai.

Emas, jika dalam bentuk barang kemas, ia adalah harta kekayaan yang boleh dipakai di badan.

Sejak 6000 tahun dahulu manusia telah mengiktiraf emas mempunyai nilai. Dulu, kini dan selamanya...

Sekiranya anda tahu fakta ini, saya pasti anda akan simpan emas dengan penuh ilmu. Orang yang simpan emas dengan ilmu, dia akan beli dan simpan dengan senyuman...




Comments

Popular Posts