APA KESAN BILA MATAWANG KITA JATUH?


APA KESAN BILA MATAWANG KITA JATUH?

Bila ringgit jatuh disebabkan krisis ekonomi seperti sebelum ini, negara berpeluang mengambil kesempatan untuk bersaing dalam eksport kerana negara lain boleh membeli barang kita dengan harga yang lebih murah.

Nilai matawang yang rendah juga akan menambah tarikan pelancong datang ke Malaysia untuk melancong dan berbelanja kerana dapat wang pertukaran Ringgit Malaysia yang banyak.

Berbeza dengan krisis ekonomi sekarang, kedua-dua kelebihan ini tidak dapat diambil kerana pengeluaran barang-barang eksport terjejas kerana banyak produksi kilang terganggu kerana perintah kawalan pergerakan yang dikenakan untuk mengawal penularan wabak Covid-19. Aktiviti pelancongan pula tersekat.

Kejatuhan nilai matawang memberi impak lebih buruk melebihi daripada kesan baik. Ini termasuk, barangan Import akan jadi lebih mahal. Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai matawang.

Inflasi juga berlaku apabila harga barang naik, kerana jumlah duit yang sama tidak lagi boleh membeli barang-barang keperluan yang sama seperti sebelum ini.

Kita tidak dapat meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk. Apa yang kita nampak ialah penurunan nilai ringgit sejak awal tahun ini. Juga, kadar inflasi berada pada tahap yang tinggi.

Langkah persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan pada masa hadapan.

Sekiranya anda terkesan dengan keadaan sekarang, anda hanya perlu cari cara untuk survive. Jangan duduk diam tanpa usaha untuk menceburi bidang yang baru.

Sekiranya anda tidak terjejas jangan tunggu juga tanpa berbuat sesuatu, sebab krisis ekonomi  akan mengambil masa yang lama untuk pulih, dan anda mungkin terjejas kemudian.

Apakah persediaan anda?

Langkah persediaan pertama adalah dengan berjimat cermat dengan hanya membeli barang keperluan penting. Kita juga perlu mengurangkan pembelian barangan import.

Persediaan dana simpanan dengan simpanan emas fizikal adalah persedian terbaik untuk menghadapi krisis ekonomi berbanding penyimpanan wang ringgit.

Pengeluaran sebahagian simpanan wang adalah tindakan bijak semasa kejatuhan nilai wang kerana penyimpanan duit ringgit dalam bank mengurangkan nilai wang.

Bertindak membeli emas fizikal dan menabung emas pada harga rendah kini.

Anda juga boleh membeli dan menyimpan emas dengan modal yang rendah iaitu bermula RM100 atau membeli 1 gram emas melalui akaun emas GAP.

Program kumpul emas fizikal modal kecil ini amat sesuai pada masa kejatuhan nilai matawang sebagai faktor penjimatan dan perlindungan kebocoran wang.

 Kredit: Shuhaida Ramli

Comments

Popular Posts