ZAKAT SIMPANAN EMAS

Bila sebut pasal simpan emas, ramai yang rasa gerun tentang zakat.

Timbul rasa takut nak simpan emas pasal kena tunaikan zakat.

Zakat emas hanya wajib ditunaikan setelah cukup nisab dan haul iaitu memiliki lebih 85g emas dan telah dimiliki selama cukup setahun.

Nilai zakat yg diwajibkan ialah 2.5%.

Zakat hanya diwajibkan bagi "orang kaya". Namun orang yang tak memiliki lebih 85g emas, tetapi memiliki kira-kira RM22,000 wang tunai (nilai bersamaan 85g emas) juga wajib tunaikan zakat setelah cukup haul.

Zakat bukan hanya diwajibkan ke atas emas, tetapi juga terhadap wang ringgit dan harta benda kita.

Zakat menyuburkan harta. Jadi jangan takut untuk tunaikan rukun Islam ke 4 ini.

Ramai penyimpan emas yang bercita-cita nak capai simpanan 85g emas bagi melayakkan mereka menunaikan zakat.

Moga bermanfaat.

Comments

Popular Posts