BAGAIMANA EMAS MEMBANTU KETIKA KECEMASAN ?

 

BAGAIMANA EMAS MEMBANTU KETIKA KECEMASAN

"Perkongsian dari seorang penyimpan emas..."

ADA EMAS & NAK PAKAI 'CASH' SEGERA

Semalam Jumaat, saya perlu nak pakai 'cash' dengan kadar segera, tak cukup lagi beberapa jumlah. Saya teringat ada simpan emas dan terus capai 'gold bar' 10 gram untuk dipajak.

Saya pilih Ar Rahnu POS sebab lebih selamat, tak masuk CCRIS dan kadar pinjaman juga lebih tinggi, iaitu 75% daripada harga emas yang kita pajak tu. Satu lagi, sebab dekat dengan rumah untuk berurusan. Upah simpan pun kira rendah.

Sampai saja di Ar Rahnu, tunggu giliran, ada dua orang di kaunter, tengok keduanya nak pajak rantai emas. Lama juga makan masa kaunter nak semak ketulenan dan berat emas. Tunggu je la...

Sambil di tangan saya pegang 'gold bar' 10 gram, belek-belek dulu sebelum dipajakkan kepadaAr Rahnu POS. Rasa sayang pulak, tapi tak apa, nanti boleh tebus balik.

Sampai saja giliran saya, staf Ar Rahnu POS tanya, "Ya, nak buat apa?".

"Saya nak pajak emas ni, kalau hari ni dapat berapa ya?", sambil hulurkan emas berat 10g. Dia ambil, pegang, semak sijil ketulenan, semak berat.

"Kalau hari ni, nilai di Ar Rahnu POS, RM2374.00 untuk 10 gram, kadar pinjaman 75%. Jadi encik akan dapat RM1780.00

Saya tanya balik, "Upah simpan berapa ya?"

"Untuk 6 bulan, RM122.09 encik". Maksudnya, kalau saya nak tebus balik emas tersebut dalam masa 6 bulan, saya kena bayar semula pinjaman tambah dengan upah simpan tersebut. (RM1780.00 + RM122.09).

Tapi tak ada lah niat nak tunggu sampai 6 bulan baru nak tebus, nak pakai sekejap saja ni. InsyaAllah, bulan depan atau 2 bulan lagi boleh tebus dah. Jadi saya hanya perlu pulangkan pinjaman RM1780.00 tersebut dan upah simpan selama 2 bulan sahaja.

Berapa upah simpan 1 bulan? RM122.09/6 akan dapat hanya RM20.35 sebulan. Jadi kalau saya tebus bulan depan, saya hanya perlu pulangkan RM1780.00 dan bayar upah simpan RM20.35 dan dapat balik 'gold bar' 10 gram saya tu. Mudah kaann...

Inilah kelebihan emas, ada emas ada duit. Sebab itu, orang dulu-dulu, nenek-nenek kita suka simpan emas, nilainya terjaga. Kita tidaklah kaya dengan simpan emas, tapi sifat emas ini kalis inflasi dan terjamin nilainya dalam jangka masa panjang. Sebab itu popular sangat orang sebut "1 dinar zaman Rasulullah boleh dapat kambing seekor, sekarang pun nilai 1 dinar boleh dapat kambing seekor.". Betul lah tu...

Apa pun, untuk pajak emas di Ar Rahnu, pastikan ada perancangan nak bayar balik bila dan bagaimana untuk membayar semula. Jangan pajak buta tanpa ada perancangan, kalau tak ada perancangan, jual saja emas tu, dapat 'cash', tak perlu dah fikir untuk bayar semula.

Lebih kurang 10 minit, mula daripada saya bagi emas, semak, isi borang, tanya-tanya sikit, selesai urusan di POS Ar Rahnu. Faktor lain urusan cepat adalah saya bagi dia emas Public Gold, dia tak semak banyak dah, ada emas, ada sijil, jalan. Kelebihan kita berurusan emas dengan syarikat yang dah 'establish'. Alhamdulillah.

Comments

Popular Posts