PUBLIC GOLD JUAL EMAS, KEDAI EMAS PUN JUAL EMAS....TAPI, APA BEZANYA ?

Pertama sekali, anda perlu tahu apa tujuan anda beli emas. Adakah untuk tujuan PERHIASAN atau PELABURAN.

# Emas Perhiasan: gelang, cincin, rantai dsb. 

# Emas Pelaburan/Simpanan: jongkong emas (gold bar) dan dinar emas 


Public Gold ada menjual kedua-dua kategori emas ini.

Kedai emas lebih fokus kepada penjualan barang kemas (jewellery) dengan pelbagai design mengikut trend terkini. 

Oleh itu, kedai emas mengenakan kos upah (workmanship cost) ke atas semua barang kemas yang dijual. Kos upah inilah yang dimanipulasikan oleh tuan punya kedai emas itu dan ia sedikit mahal. 

Apabila harga emas turun, kedai emas akan menaikkan kos upah, sebaliknya jika   harga emas naik, kos upah akan turunkan. Bagi diskaun katanya. Siapa yang untung sebenarnya? Tentulah kedai emas yang untung bukannya pembeli. Nampak tak permainan di situ... 

Selepas April 2014, semua kedai emas di Malaysia mengenakan GST 6% (hanya emas pelaburan yang memiliki pengiktirafan dari London Bullion Market Association sahaja tidak dikenakan GST).

Harga emas di Kedai Emas: Harga emas + Workmanship Cost + GST

PUBLIC GOLD pula menjual JONGKONG EMAS dan DINAR dengan TIADA KOS UPAH dan TIDAK DIKENAKAN GST. 

Ini bermakna anda jimat 6%. Anda hanya bayar harga semasa emas dengan kos premium (mengikut produk).

Bagi tujuan perhiasan, Public Gold juga ada menjual pelbagai koleksi barang kemas 916 dan sebagainya di platform PG MALL. 

Harga emas yang dijual oleh Public Gold adalah mengikut harga emas semasa dunia. Manakala kedai emas mengikut harga emas yang dikeluarkan oleh FGJAM (Federation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia), iaitu persatuan emas Malaysia.

Itu sebabnya kenapa harga emas yang dijual di kedai emas lebih mahal dari harga emas di Public Gold. Anda boleh bandingkan harga emas yang terpampang di dinding kedai emas dengan harga emas Public Gold.

Sebab tu kalau harga emas dunia jatuh, dealer Public Gold je akan sibuk riuh umum di facebook. Itulah masanya peluang untuk borong emas...

Di kedai emas pula, harga masih kekal, malah mereka mungkin tak tahu pun harga emas naik ke turun.

Satu perkara lagi yang anda perlu tahu, menjual semula emas di kedai emas akan Merugikan Orang Ramai.

Public Gold menawarkan belian balik semua produknya sama ada jongkong dan dinar emas. Malah Public Gold juga menerima emas dari jenama-jenama lain.

Katakan suatu hari nanti anda nak jual semula emas, maka anda boleh merujuk kepada harga “PG Buy” di website Public Gold. Harga emas dikemaskini setiap 20 minit.

Harga jualan semula emas Public Gold adalah sangat kompetitif (spread margin kecil) dan trade-in juga diterima.

Sekiranya anda jual balik emas di kedai emas, biasanya dikenakan potongan antara 20% hingga 40% daripada nilai semasa emas. 

Sekiranya emas ada calar, bengkok dan sebagainya, potongan yang lebih akan dikenakan.

Di Brunei, jika jual semula emas di kedai emas, mereka akan tolak 40-50% dari harga semasa. 

Yang bestnya di Public Gold ni, perniagaan jual beli emas 24 jam. 

Macam mana boleh buat macam tu?

Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas secara online 24 jam. 

Ini bermakna anda boleh membeli emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Anda boleh “lock” harga pada bila masa yang anda fikir sesuai dengan merujuk kepada harga terkini di laman web www.publicgold.com.my

Sekarang Public Gold juga memiliki APPS yang boleh di download menerusi Google Playstore dan juga Apple App Store. Jadi, anda boleh semak harga dan buat belian atau jualan emas lebih mudah dengan Public Gold. 

Apa yang paling penting, pastikan sekiranya anda beli emas, sememangnya emas yang anda dapat dalam tangan.

Comments

Popular Posts