APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SPREAD @ SUSUT NILAI EMAS PUBLIC GOLD ?

Spread @ susut nilai adalah perbezaan di antara harga belian dan jualan emas. Biasanya ia diukur dalam bentuk %.

Dalam gambar di atas adalah spread untuk emas Public Gold. Biasanya semakin berat emas yang anda beli maka spreadnya semakin kecil, seperti ditunjukkan dlam gambar di bawah.

 

𝗕𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗦𝘂𝘀𝘂𝘁 𝗡𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗸𝘀𝗶𝗺𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻?

Susut nilai akan mempengaruhi untung bersih anda bila tiba masa nak jual balik nanti. Harga emas yang paling murah TIDAK SEMESTINYA menguntungkan anda di kemudian hari.


Contoh:

Ali beli dengan SYARIKAT A

100 gram : RM17,500.

Susutnilai : 18%.

 

Abu beli dengan SYARIKAT B

100 gram : RM18,500.

Susutnilai : 8%

 

Pada mata kasar, Ali nampak lebih untung sebab murah sebanyak RM1,000.

Katakan setelah 3 tahun harga emas naik sebanyak RM100 setiap gram. Mari kita lihat kesan susut nilai.


SYARIKAT A (Susut Nilai 18%)

Harga semasa 100g : RM27,500.

RM27,500 - RM4950 (18% susut nilai)

Harga jual balik: RM22,500

𝗔𝗹𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵𝗥𝗠𝟱,𝟬𝟱𝟬.

 

SYARIKAT B (Susut Nilai 8% )

Harga semasa 100g : RM28,500.

RM28,500 - RM2280 (8% susut nilai)

Harga jual balik : RM26,220

𝗔𝗯𝘂 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 𝗥𝗠𝟳,𝟳𝟮𝟬.

 

Di sini Abu untung sebanyak 𝗥𝗠2,670, melebihi Ali.

Berat sama, ketulenan sama, tempoh masa sama!

Susut nilai saja berbeza.

 

*Jadi, jangan ingat harga emas 'termurah' itu terbaik. Harga cantik belum tentu terbaik.

Gadis cantik belum tentu calon terbaik. Lelaki kacak belum tentu terbaik.

 

Yang PALING BEST ialah susut nilai bagi emas 100g Public Gold ialah 7% sahaja. Berbaloi-baloi.

Comments

Popular Posts