CARA MANFAATKAN EMAS YANG DISIMPAN
CARA MANFAATKAN EMAS YANG DISIMPAN
Emas adalah aset/harta. Makin lama simpan, makin sayang nak jual kaannn...
Biasanya penyimpan emas akan jual emas mereka sekiranya hendak membeli aset/harta lain seperti tanah atau rumah.
Jarang sekali kita jumpa orang jual emas untuk beli handphone, sportrim kereta atau barang2 lain kaannn...
Apa yang boleh anda buat dengan simpanan emas anda apabila anda terdesak perlukan wang?
Gadaikan di mana-mana pusat gadaian
Islam (ArRahnu). Anda akan dapat sekurang-kurangnya 70% pembiayaan dari nilai
marhum emas anda.
Contoh:
Dengan 10gram Gold Bar, anda boleh pinjam RM1,900. Upah simpannya RM160 untuk 6 bulan.
Dengan wang RM1,900 itu anda selesaikanlah urusan anda.
Sebelum tamat tempoh gadaian 6 bulan, bersedialah untuk tebus Gold Bar tadi dengan bayaran RM1,900 + RM160 = RM2,060.
Masalah selesai, emas anda pun tak hilang.
Comments