PANDUAN JUAL BALIK EMAS ?

 



PANDUAN JUAL BALIK EMAS

Ini tips mudah:

#1. Emas ni boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia. Ia pasti laku.

Asalkan ia emas, asalkan ia tulen. Tak perlu risau laku atau tidak.


#2. Kalau nak dapat HARGA TERTINGGI, anda jual sahaja di tempat di mana anda membelinya pada harga susut nilai yang mereka telah tetapkan.

Misalnya, kalau anda beli Kijang Emas, jual balik kepada Maybank. Kalau emas Public Gold, jual terus di cawangan Public Gold atau dealer Public Gold. Kalau emas Poh Kong, jual saja kepada Poh Kong.

Mereka kenal emas keluaran syarikat mereka. Tak mungkin mereka katakan emas mereka tak tulen dan tak mahu beli.

 

#3. Kalau nak tertinggi lagi cuba jual pada kawan-kawan pada harga rendah sedikit dari harga retail. Pasti ramai nak.

Tambahan pula kau rare item jauh labih tinggi sampai 1 gram hit lebih RM500!

 

#4. Kalau rasa sayang nak jual tapi nak guna duit sekejap sahaja untuk rolling, boleh pajak di ArRahnu untuk dapatkan PINJAMAN.

Caj sebenar pajakan sekitar 1.15% sebulan atau 13.85% setahun dari nilai pinjaman. Bahkan ada pajakan yang mengenakan caj yang lebih murah.

Ingat, asas dia asalkan emas ia pasti laku. Harga tertinggi tu anda sendiri perlu bandingkan.

 

Nota:

Public Gold jamin 100% untuk beli balik emas walaupun emas itu terbuka seal, calar atau bengkok.

Public Gold juga beri jaminan untuk beli emas jenama lain. Staff akan uji ketulenan dan timbang. Jika anda setuju dengan harga yang diberikan boleh proceed untuk jual.

Comments

Popular Posts