APA ITU PELABURAN EMAS ?

Pelaburan emas bermaksud anda membeli emas fizikal atau produk-produk kewangan berasaskan emas bagi tujuan mendapatkan keuntungan.

Emas fizikal adalah emas yang anda boleh pegang dalam tangan. Contohnya jongkong emas, syiling emas, dinar emas dan barang kemas.

Produk-produk kewangan berasaskan emas bermaksud ia bukan dalam bentuk emas fizikal. Namun ada produk-produk kewangan yang anda boleh dapat emas fizikal. Contohnya akaun simpanan emas GAP Public Gold.

Bila anda beli produk-produk kewangan berasaskan emas, pastikan ia patuh syariah seperti akaun GAP.

Sebab kalau tidak patuh syariah, maka anda tidak boleh makan hasil keuntungan tersebut. Sebab itu jangan tersalah pilih produk, nanti buang masa anda.

Bagi saya, produk patuh syariah adalah perkara pertama yang perlu dilihat.

Bila yang ini jelas, barulah kita tengok kriteria-kriteria yang lain.


Harga emas ada naik, ada turun.

Jika ikut pada fakta dan sejarah, kenaikan pasti berlaku dalam jangka masa panjang.

Apakah kesan menunggu harga tak turun turun?

Kesannya adalah terlepas menambah gram ketika harga rendah.

Nak nampak hasil, buat sahaja 3 perkara ini :

1.    Beli

2.    Simpan

3.    Peram

Cuba dulu percaya kemudian. Pasti berhasil…

Comments

Popular Posts