KENAPA PERLU SIMPAN EMAS ?

 


Mungkin ada yang tertanya: "Saya dah simpan duit dalam bank, kenapa perlu simpan emas?" 

Jadi, apa beza simpan duit dengan simpan emas?

1.    KEBOCORAN WANG

Soalan cepu emas untuk kita semua. Duit senang habis ke senang simpan?

Saya rasa semua orang sama, baik yang berpendapatan besar, mahupun kecil. Kalau duit tunai, memang cepat habis sebab mudah dibelanjakan, lebih2 lagi dengan kemudahan online shopping di hujung jari sekarang ni, sale sana sini. Laju aje duit tu meninggalkan kita.

Bagi kebanyakan dari kita setiap kali dapat gaji atau terima duit, biasanya akan berbelanja dulu. Lebihan tu baru pikir nak simpan. Tengok2 syiling aje yang tinggal...

Sebaliknya, duit yang ditukar kepada aset seperti emas akan terselamat dari dibelanjakan dan dihabiskan. Bila dah berjaya tukar kepada aset fizikal emas, kita berjaya menyimpan dalam bentuk yang lebih sukar dibelanjakan.

2. EMAS KALIS INFLASI & MENGEKALKAN KUASA BELI DALAM JANGKA MASA PANJANG

Pakar-pakar kewangans sering menyebut emas sebagai aset kewangan yang kalis inflasi. Ini adalah kerana emas dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka masa yang panjang. Apa maksudnya tu?

Contoh:
10 tahun lepas (tahun 2011), Ahmad telah membeli seekor kambing untuk tujuan aqiqah anak lelakinya. Pada masa itu harga seekor kambing sekitar RM600 ke RM650. Ahmad bayar guna sekeping Dinar emas.

Agak-agak tahun 2021, dapat tak seekor kambing dibeli dengan 1 Dinar? Insya Allah dapat. Sebagai muslim, kita mesti yakin hadis sahih itu sah sehingga ke hari kiamat.

Kuasa beli duit dengan emas tidak sama. Penyimpan duit kertas tidak akan lagi mampu membeli kambing pada harga yang sama disebabkan INFLASI. Inflasi menyebabkan kuasa beli jatuh. Sebaliknya, bagi orang yang menyimpan satu Dinar emas, masih lagi mampu membeli kambing dengan harga yang sama walaupun selepas sepuluh tahun!

Terbuktilah, emas ialah aset kewangan yang KALIS INFLASI.

3. EMAS MEDIUM PELABURAN JANGKA PANJANG TERBAIK

Untuk tujuan pelaburan jangka masa panjang, emas adalah pilihan yang terbaik. Berbaloikah kita simpan duit tapi dalam masa panjang, duit simpanan kita dimamah inflasi (kuasa beli) dan kejatuhan nilai matawang RM?

Dari segi nilai pelaburan jangka panjang, kelebihan aset fizikal emas mengatasi aset dan instrumen kewangan yang lain kerana emas tidak akan jatuh menjadi nilai KOSONG.

Cuba bayangkan aset kewangan lain, jika berlaku ketidakstabilan ekonomi dan politik, nilai hartanah di tempat tersebut pun akan jatuh dan tiada siapa nak beli! Exit plan yang sangat-sangat mencabar. Walaupun orang beli hartanah anda dengan tunai, ambik masa sekurang-kurangnya empat bulan untuk settle.

4. EMAS - SIMPANAN & PELABURAN YANG RASIONAL

Emas juga satu bentuk pelaburan yang rasional dan menenangkan. Untuk memulakan simpanan emas, tidak perlu modal yang besar, cuma RM100. Selain itu, tak perlu ada proses jual beli atau dokumentasi dan lawyer fee seperti kita beli aset hartanah.

Kalau dulu emas lebih sinonim dengan golongan wanita, tetapi sekarang dengan kemudahan yang disediakan oleh syarikat seperti Public Gold, semua orang boleh menyimpan emas. Dulu terpaksa kumpul duit untuk beli barang kemas, sekarang hanya dengan serendah RM100 sahaja dah boleh mula menyimpan emas.

Emas yang dikumpul bermaksud kekayaan yang kita miliki menjadi aset fizikal yang boleh dipegang, dimiliki, dikumpul dan sangat mudah alih (mobile). Di waktu kecemasan, aset emas sangat mudah dicairkan kepada tunai dengan jual balik atau pajak, terus dapat tunai. Jadi dapat mengelakkan dari membuat pinjaman atau menggunakan kad kredit yang ada kadar faedah yang tinggi.

Instrumen pelaburan yang baik memiliki kriteria seperti berikut:
• Nilai jangka panjang terjamin
• Mudah dicairkan kepada tunai
• Kekayaan di tangan kita
• Ia aset mudah alih – mobile
• Menutup nafsu berbelanja (kekayaan bertahan lama)
• Aset fizikal mampu milik

5. EMAS – ASET/ALAT KEWANGAN MUDAH ALIH

Dalam majalah bisnes The Times, seorang pakar kewangan menyebut jika kita melabur dalam instrumen pelaburan kewangan di bank, apa yang berlaku sebenarnya ialah:11:17 AM
“Kita meletakkan kekayaan kita dalam poket orang lain dan menunggu satu tempoh masa. Bila sudah sampai masanya, kita akan ambil balik bersama pulangan yang dijanjikan. Dalam tempoh masa tersebut, kekayaan itu bukan jadi milik kita sepenuhnya.”

Berbeza dengan pelaburan emas, setelah kita menukarkan duit kepada emas, kekayaan itu masih sepenuhnya milik kita.

Kalau kita melabur dalam hartanah dan rumah, proses dokumentasi jual beli yang panjang boleh makan sehingga 6 – 9 bulan untuk diselesaikan. Belum lagi kira kos guaman dan kos penyelenggaraan rumah. Malah aset hartanah dan rumah tidak boleh dialih. Cuba kalau kita terlepas bayar cukai rumah 2-3 kali, baru kita tahu siapa empunya sebenar hartanah tersebut.

Sebaliknya emas, kalau kita berpindah dari satu satu tempat ke tempat yang lain, aset emas boleh dibawa dengan mudah.
Jika berlaku keadaan yang tidak baik seperti pergolakan politik seperti perang, kita masih boleh membawa bersama emas tersebut ke mana sahaja tanpa perlu risau risiko kejatuhan nilai.

Sebagai contoh semasa Perang Vietnam, Pelarian Vietnam melarikan diri bersama aset emas. Kemudian mereka memulakan hidup baru dengan modal emas di negara orang, sebab matawang negara yang bergolak pasti tidak laku lagi.

6. EMAS MAGNET KEKAYAAN

Apabila kita miliki duit kertas, psikologi terus fikir nak beli apa. Sebaliknya kalau miliki emas, psikologi manusia akan SAYANG dan terus rasa nak SIMPAN. Sebenarnya, menjadi fitrah manusia sukakan emas sebagaimana dalil dalam Al-Quran, Surah Ali Imran Ayat ke 14.

Apabila sudah jadi tabiat menyimpan emas, baik dalam bentuk barang kemas mahupun jongkong pelaburan, automatik perasaan suka kumpul dan sayang akan terbit. Dari 1 gram bertambah lagi jadi 2 gram, dari sedikit semakin lama semakin bertambah.

Akhirnya, koleksi akan terus bertambah dan nilai kekayaan meningkat. Maka tidak hairanlah apabila ramai mentor-mentor kewangan menyebut “EMAS MAGNET KEKAYAAN”.


Comments

Popular Posts