BAGAIMANA CARA NAK MULA MENYIMPAN/MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD ?

 BAGAIMANA CARA NAK MULA MENYIMPAN/MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD ?

Kaedah #1 – BAYARAN PENUH

•   Dikenali sebagai OUTRIGHT PURCHASE.

•   Order dan lock harga secara online, dan dapatkan emas.

•   Untuk dapatkan emas yang anda order, ada 2 pilihan :

1. Ambil di Cawangan Public Gold.

2. Menggunakan perkhidmatan Gold In Transit (GIT) iaitu perkhidmatan pos berinsurans. Emas akan diposkan ke rumah anda (Maksimum 21.25gram dalam 1 bungkusan).

 

Kaedah #2 – BAYARAN SECARA ANSURAN MUDAH PATUH SYARIAH

• Dikenali sebagai SYARIAH EASY PAYMENT PURCHASE (SEPP)

• Order dan lock harga secara online.

• Pilih untuk membuat bayaran secara ansuran mudah SEPP, sama ada 4 atau 6 kali bayaran.

• Setelah selesai keseluruhan bayaran, boleh dapatkan emas sama ada di Cawangan Public Gold ataupun melalui perkhidmatan Gold In Transit (GIT).

 

Kaedah #3 – AKAUN SIMPANAN GOLD ACCUMULATION PROGRAMME (GAP)

• Akaun GAP ni konsep dia macam bank, tapi instead of simpan duit, kita simpan emas.

• Akaun Emas GAP adalah PATUH SYARIAH (dipantau oleh Amanie Advidors Sdn Bhd), maksudnya Public Gold kena pastikan setiap gram dalam GAP tu ada fizikalnya.

• Boleh mula menyimpan serendah RM100

 

NASIHAT SAYA:

Beli EMAS FIZIKAL jika;

** Bajet besar. Lebih besar gram, lebih rendah harga per gram, lebih rendah % spread bila nak jual semula. Emas simpan sendiri.


Beli GAP jika;

** Bajet kecil, tapi beli secara berterusan. Contoh RM100 setiap bulan. Harga per gram sama walaupun beli banyak.

** Sesuai jika tak berani simpan sendiri di rumah.

Kepada mereka yang berminat nak simpan emas, tapi bajet terhad, eloklah pilih akaun emas Public Gold atau dipanggil Gold Accumulation Pogramme (GAP).


Ini antara kelebihan-kelebihan beli emas melalui akaun emas GAP:

1. Boleh beli dan simpan emas berketulenan 999.9 dengan bajet minimum RM100 atau 1 gram harga semasa. Hari ini 13 Jun 2022 : RM284/gram.

2. Boleh simpan emas di Public Gold secara percuma. Yuran simpanan adalah PERCUMA dan tiada tarikh luput.

3. Boleh tambah simpanan emas serendah RM100 atau 1 gram harga semasa pada bila-bila masa secara online dan tiada had jumlah emas yang dibeli.

4. Boleh keluarkan emas dalam bentuk fizikal minima 1 gram sehingga 1 kilogram di seluruh cawangan Public Gold di Malaysia.

5. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan pada bila-bila masa sama ada dalam bentuk emas fizikal ataupun wang tunai.

6. Baki minima yang perlu ditinggalkan untuk kekalkan status akaun aktif cuma 1 gram sahaja. Jika keluarkan sehingga “0”, apabila nak aktifkan semula kena bayar penalti RM50.

7. Urusniaga secara online 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online dan jual semula pun secara online. Kini ada option Ar-Rahnu untuk akaun GAP.

8. Akaun GAP Junior - iaitu Akaun bersama (join account) ibu bapa dan anak-anak yang di bawah umur 18 tahun juga ada.

9. Terbuka untuk semua warga Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.


Comments

Popular Posts