KENAPA PUBLIC GOLD ?

Apabila menulis tentang emas, saya cuma menyebut banyak tentang emas Public Gold sahaja, bukan syarikat lain. Kenapa?

1. Public Gold telah bertapak selama 12 tahun dan selama 12 tahun juga tidak ada orang yang beli emas dari Public Gold tetapi tidak dapat emas. Semua dapat emas masing-masing. Kejujuran dan ketelusan syarikat ini menyebabkan saya yakin untuk kongsikan dengan semua pembaca.

2. Setakat hari ini hanya emas Public Gold yang lengkap ciri-ciri emas yang baik dan optimum serta ideal untuk simpanan dan pelaburan.

3. Satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang ada Sijil Patuh Syariah untuk semua jenis kaedah belian. 

4. Kredibiliti dan track record Public Gold yang baik dan telus menyebabkan syarikat gergasi Pos Malaysia sudi menjadi rakan kongsi. 

5. Emas bertaraf LBMA dan dikecualikan GST. Ini sangat baik bagi kita yang berniat untuk menyimpan dan berjimat. 

6. Sistem online 24 jam dan harga mengikut turun naik pasaran emas dunia. Kedai emas online Public Gold dibuka sepanjang masa.

7. Public Gold menawarkan harga yang adil untuk semua. Harga dealer dan customer sama sahaja. Bezanya dealer akan dapat komisyen 1-2%, bukan sebab menjual emas tetapi kerana tolong memperkenalkan Public Gold. Jadi komisyen ini lebih kepada tanda terima kasih Public Gold kepada dealer.

8. Modal permulaan yang sangat rendah. Dengan RM100 sudah boleh mula simpan emas.

9. Satu-satunya syarikat emas yang setiap minggu bagi ILMU EMAS FREE dengan menganjurkan seminar emas secara percuma, semuanya online saja. Yang hadir seminar juga berpeluang menang EMAS FREE melalui cabutan bertuah pada setiap kali seminar. 


Nota: Apakah Itu LBMA? 
 
LBMA (London Bullion Market Association) ialah organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iaitu pusat perdagangan emas fizikal dunia.  
 
Set LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di “Harga spot” pasaran profesional.  
 
Apa beza emas yang ada LBMA dan emas yang tiada LBMA? 
 
#1. LBMA merupakan pematuhan piawaian pembentukan emas/perak. 
 
#2. Dari segi produk, kedua-duanya emas 999 (atau emas 24k), tiada beza dari segi kualiti. 
 
#3. Dari segi harga, kedua-duanya sama nilai jual dan beli. 
 
#4. Kalau ada plan nak jual emas di luar negara, emas yang ada LBMA lebih senang nak jual. 
 
#5. Emas yang tak ada LBMA, boleh jual di luar negara, tetapi perlu melalui proses ujian ketulenan. 
 
#6. Di Malaysia khususnya, kebanyakan kedai emas dan ar-Rahnu tidak menjadikan LBMA sebagai syarat jual/beli/pajak.

Comments

Popular Posts