APA KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD ?

 

1) Keuntungan Komisyen Jual Beli Emas

Dealer akan mendapat komisyen 1.0% hingga 2.0% dari setiap belian emas. Komisyen akan terus dimasukkan ke dalam akaun pada 20 haribulan setiap bulan. Kadar komisyen adalah mengikut kategori Dealer:

     a) Master Dealer – 2.0%

     b) Priority Dealer –  1.5%

     c) Normal Dealer –  1.0%

Setiap Dealer juga akan mendapat komisyen 0.3% apabila menjual semula emas kepada Public Gold. 

Contoh:

Anda adalah seorang Normal Dealer yang baru. Anda membeli emas dan perak untuk diri sendiri atau untuk rakan-rakan; ATAU ada customer meletakkan nama anda sebagai Introducer iaitu orang yang memperkenalkan emas Public Gold kepadanya.

Maka anda akan mendapat komisyen 1.0% daripada belian emas anda dan customer anda. Anda juga akan mendapat komisyen 0.3% apabila menjual balik emas atau perak kepada Public Gold.


2) Dapat Komisyen Dengan Mempromosikan Emas Public Gold

Kelebihan menjadi Dealer Public Gold adalah dapat menjadi INTRODUCER kepada customer Public Gold. Dealer hanya perlu promosikan emas Public Gold supaya customer membeli emas Public Gold dengan meletakkan nama dealer sebagai Introducer.

Contoh:

Anda promosikan kawan atau saudara supaya membeli emas serta mendaftar sebagai customer Public Gold. Maklumkan supaya mereka meletakkan nama dan kod PG anda sebagai Introducer. Maka, anda sebagai dealer Public Gold akan mendapat komisyen sepanjang hayat apabila customer tersebut membeli emas.

Dealer Public Gold juga boleh mempromosikan pembelian emas program GAP (Gold Accumulation Program).

 

3) Keuntungan Berniaga Emas Tanpa Kos Sewa Kedai

Dealer Public Gold dapat menjalankan urusan jual beli emas Public Gold tanpa perlu membayar kos sewa kedai emas. Anda boleh menjalankan urusan jual beli emas di mana sahaja secara ONLINE mengikut keselesaan anda. Anda akan mendapat keuntungan dari kenaikan harga emas dan komisyen dari Public Gold.

 

4) Keuntungan Dari Kenaikan Dan Penurunan Harga Emas

Dealer Pubic Gold akan mendapat keuntungan daripada kenaikan harga emas yang dibeli, dan juga keuntungan hasil jual beli emas iaitu komisyen yang diberikan oleh Public Gold. Ketika harga emas jatuh, lebih banyak customer membeli, maka makin banyaklah komisyen yang anda dapat.

 

5) Kebebasan Kesempitan Kewangan Terutama Masa Kecemasan

Dealer Public Gold dapat keuntungan ketika kesusahan, kecemasan atau kesempitan wang, kerana emas mudah dijualkan semula dan cepat mendapat wang. Di samping itu, Public Gold turut membayar komisyen sebanyak 0.3% ke atas emas yang anda jual balik kepada Public Gold.

 

6) Mendapat Pendapatan Sampingan Tanpa Bekerja

Anda akan memperolehi wang tanpa bekerja jika anda rajin mempromosikan pelaburan dan dapat bina rangkaian dealer anda. Wang komisyen akan masuk ke akaun bank anda setiap bulan walaupun anda tidak membeli emas tetapi dealer atau customer anda membeli emas.

Contoh:

Jika anda adalah Master Dealer, anda akan mendapat komisyen 0.5 daripada Prioriti Dealer di bawah anda dan 1.0% daripada Normal Dealer.

Jika anda adalah Priority Dealer, anda akan mendapat 0.5% apabila Normal Dealer di bawah anda membeli emas.

Public Gold bukan skim cepat kaya atau sistem MLM tapi sistem yang adil yang memberi komisyen kepada dealer yang mempromosikan emas Public Gold kepada orang ramai.

 

7) Berniaga Emas Tanpa Sempadan Dan Mengurus Pelaburan Sendiri

Dealer Public Gold boleh mengurus sendiri pelaburan emas secara ONLINE dengan mudah di website Public Gold 24 jam sehari. Dealer juga boleh manipulasikan emas dengan menggadaikan emas di Ar-Rahnu, cawangan Public Gold atau menyimpan emas di Public Safe di cawangan Public Gold.

Setelah mendaftar sebagai Dealer, sama ada anda aktif ataupun pasif anda tetap akan mendapat komisyen ke atas setiap belian anda.

Sekiranya anda adalah dealer yang aktif, anda akan mendapat komisyen ke atas belian anda sendiri dan juga belian customer anda.

Comments

Popular Posts