APAKAH KELEBIHAN EMAS PUBLIC GOLD ?

10 KELEBIHAN UTAMA EMAS PUBLIC GOLD

Cuba teliti 10 point yang ini dan bandingkan Public Gold “secara pakej” dengan emas-emas jenama lain yang ada dalam pasaran.

 

1. Harga Lebih Murah dan Bebas GST

• Harga emas Public Gold lebih murah berbanding harga kedai emas. Malah lebih murah berbanding harga kebanyakan pengeluar emas lain.

• Public Gold mempunyai kilang emas sendiri. Oleh sebab itu, Public Gold boleh jual emas dengan harga lebih murah sekitar RM15 – RM20 per gram atau sekitar 15% berbanding kedai emas.

• Apabila harga lebih murah, kita boleh dapat lebih banyak gram emas dengan bajet yang sama.

• Cuba bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas di pasaran. Secara umumnya, boleh dikatakan emas Public Gold antara yang termurah di pasaran.

 

2. Kadar Spread Terendah Di Pasaran

 • Spread (atau selalu diistilahkan sebagai “susut nilai”) adalah kriteria paling penting kalau mahu dapat untung maksimum dalam pelaburan emas.

 • Spread emas Public Gold cuma 5% – 9% sahaja, bergantung kepada jenis item yang kita pilih.

• Kadar spread Public Gold adalah antara yang terendah di pasaran, selain Kijang Emas Maybank, emas fizikal yang dijual di UOB Bank, dan emas Kuwait Finance House (KFH).

• Daripada perhatian, pembeli emas Public Gold lah yang paling aktif jual beli emas di Malaysia. Ini disebabkan spread yang rendah atau nipis. Apabila harga emas naik sikit sahaja, pembeli sudah boleh jual untuk dapat keuntungan. Tidak perlu tunggu lama-lama. Apabila harga emas turun sikit, sudah boleh mula beli balik.

• Sebagai contoh, spread bagi Gold Bar 250 gram cuma 6%. Kalau harga emas naik 10%, dah untung sekurang-kurangnya 4%.

• Spread adalah berbeza mengikut item. Lebih besar saiz item emas, lebih rendah/nipis kadar spreadnya. Maksudnya, item lebih besar lebih cepat untung bila berlaku kenaikan harga emas.

• Sekiranya menjadi dealer Public Gold, kita akan dapat jimat lebih. Dengan rebat yang Public Gold bayar, kita boleh rendahkan susut nilai sebenar sebanyak:

     - 1.3% (Normal Dealer)

     - 1.8% (Priority Dealer)

     - 2.3% (Master Dealer)

• Sebagai contoh, kalau Master Dealer beli gold bar 250 gram (susut nilai 6%), susut nilai sebenar cuma 3.7% (6% tolak 2.3% rebat). Maksudnya, kalau harga emas naik 5% pun dah untung 1.3%! Tidak perlu tunggu lama-lama untuk mendapat untung.

 

3. Stok Tiada Had

• Kalau harga emas menjunam berapa banyak sekalipun, kita boleh beli seberapa banyak yang kita mahu.

• Dulu saya fikir, kalau harga emas jatuh menjunam, Public Gold akan hold stock dan hentikan jualan buat sementara waktu. Tapi realitinya, lagi banyak harga emas turun, lagi agresif Public Gold menggalakkan suruh beli. Dan ini menguntungkan pelabur untuk buat “short-term profit”.

• Daripada perhatian, ada syarikat lain, apabila harga menjunam, barang terus out of stock. Jadi, harga murah pun tak berguna. Apabila harga tinggi baru muncul stok-stok berkenaan. Bila keadaan seperti ini, pelabur emas akan rugi peluang beli emas pada harga murah.

 

4. Banyak Cawangan Seluruh Malaysia

• Urusan jual beli emas Public Gold adalah mudah sebab banyak cawangan di seluruh Malaysia.

• Setakat tahun 2020, Public Gold ada 18 cawangan termasuk satu di Jakarta (Indonesia). Setiap negeri ada cawangan Public Gold (kecuali Perlis). Jadi kita tidak terlalu bergantung kepada dealer. Urusniaga pun lebih selamat dan terjamin.

• Biasanya kalau mahu beli emas mana-mana syarikat memang senang, tapi bila mahu jual balik yang agak bermasalah kalau cawangan tidak banyak. Masa mahu beli, mungkin ramai dealer yang boleh bantu, tapi masa mahu jual balik, tidak ramai dealer yang sanggup beli balik.

• Kalau emas Public Gold, kita boleh jual terus di cawangan terdekat tidak kisah berapa kilogram kita mahu jual semula.

 

5. Jaminan Beli Balik Walaupun Rosak

• Public Gold adalah syarikat yang paling tidak cerewet bila kita mahu jual balik emas. Public Gold jamin beli balik emas dengan harga yang tinggi (rujuk harga “PG Buy” di website) walaupun emas tu calar, kemek, bengkok, hilang resit asalkan berat masih kekal.

• Sekiranya sijil ketulenan hilang, Public Gold cuma tolak RM10 sahaj atas setiap item.

• Untuk emas Public Gold yang non-LBMA (versi lama), tidak perlu risau emas calar atau lekuk. Janji berat masih kekal. Public Gold jamin beli balik mengikut harga PG Buy di website.

• Untuk emas jenis LBMA (versi baru), kalau sarung plastik atau sealnya rosak, spread hanya 10%. Berbanding kebanyakan pengeluar mengenakan potongan harga 25% – 40%.

• Sesetengah syarikat bukan sahaja emas itu calar, bahkan kalau hilang resit asal dan seal/sarung plastiknya rosak pun sudah jatuh nilai yang sangat banyak. Kalau hilang resit, harga dah lain. Kalau buka sarung plastik, dia akan tolak sekurang-kurangnya 25%. Ia dikira sebagai “used gold” atau “emas terpakai”.

 

6. Diterima Meluas Oleh Ar-Rahnu

• Emas Public Gold paling diterima meluas oleh Ar-Rahnu di Malaysia. Jadi kalau nak pakai duit untuk rolling, boleh pajak sahaja emas Public Gold untuk mendapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kemudahan pajakan ini penting terutamanya bagi mereka yang berniaga.

• Emas Public Gold boleh dikatakan diterima hampir semua institusi Ar-Rahnu termasuk 2 Ar-Rahnu terbesar di Malaysia iaitu Pos Ar-Rahnu, dan Ar-Rahnu Bank Rakyat. Yang lebih menarik, terdapat 4 Ar-Rahnu yang terima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik untuk uji ketulenan iaitu:

     - Pos Ar-Rahnu (anak syarikat Pos Malaysia)

     - Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB)

     - Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ)

     - Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE)

• Ar-Rahnu lain yang juga terima gadaian emas Public Gold (tetapi disyaratkan potong sarung plastik untuk diuji ketulenan) ialah :

     - Ar-Rahnu Bank Rakyat

     - Ar-Rahnu Exchange

     - Ar-Rahnu Koperasi Tentera

     - Ar-Rahnu Ekspress

 

7. Sistem Booking Harga 24 jam Sehari

• Harga emas Public Gold dikemasikini (update) setiap 20 minit mengikut “real-time” harga emas dunia.

• Kita boleh booking harga untuk BELI atau untuk JUAL 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

• Kalau harga menjunam tengah malam, kita boleh book harga rendah walaupun keesokan paginya harga dah naik balik.

• Kalau harga emas dunia naik mencanak, kita boleh booking harga JUAL yang tinggi walaupun harga dah turun balik waktu kita serahkan emas di pejabat Public Gold.

• Kalau nak beli, kita tak perlu gopoh datang ke pejabat Public Gold. Book dulu harga, buat bayaran dalam tempoh 3 hari, dan datang ambil emas pada bila-bila masa kita selesa (selewatnya 2 bulan). Harga beli tetap “fixed” ikut harga kita booking tu.

• Mahu jual balik pun sama. Book dulu harga, dan serahkan emas tu dalam tempoh 1 hari bekerja.

• Tak perlu gopoh untuk datang office Public Gold semata-mata nak “tangkap” harga terbaik. Kita boleh beli secara online 24 jam sehari.

• Lagi menarik, sekarang Public Gold sudah ada kaedah belian yang dinamakan Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Kita boleh beli secara online 24 jam sehari dan simpan dengan Public Gold secara percuma tanpa sebarang caj. Kalau mahu keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri, kita boleh keluarkan pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold. Kalau mahu jual pun boleh jual secara online untuk emas yang ada dalam akaun.

 

8. Keupayaan Beli Balik Jumlah Besar

• Banyak syarikat boleh jual emas, tapi tak banyak syarikat yang mampu beli balik terutamanya dalam jumlah yang besar. Ini memang jadi masalah kepada pelabur besar yang hendak kaut keuntungan.

• Sejak Public Gold mula beroperasi tahun 2008, belum ada isu Public Gold tidak mampu beli balik. Dah banyak kali harga emas mencanak naik, Public Gold dapat beli balik semasa harga mahal dengan nilai jutaan ringgit sehari. Public Gold pernah beli balik dalam jumlah RM8 juta sehari dan tiada sebarang masalah dari sudut pembayaran.

• Ada syarikat lain yang bila pembeli jual balik RM100,000 pun sudah bermasalah untuk bayar sekaligus. Inikan pula jutaan ringgit sehari.

 

9. Emas Disertakan Sijil Ketulenan

• Setiap Gold Bar dan Dinar keluaran Public Gold disertakan sekali sijil ketulenan yang disahkan oleh Assayer bebas. Jadi tidak perlu risau tentang ketulenan emas Public Gold.

• Sejak 2008 lagi, tidak pernah timbul apa-apa isu tentang ketulenan bahkan hari ni, ianya diterima meluas oleh Ar-Rahnu di Malaysia.

• Banyak emas yang dijual di pasaran tiada sijil ketulenan, bahkan Dinar Kelantan dan Kijang Emas Maybank pun tiada sijil ketulenan.

 

10. Jual Beli Emas Patuh Syariah

• Public Gold telahpun mendapatan Sijil Patuh Syariah oleh Panel Syariah Public Gold iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar. Beliau adalah Pengerusi Majlis Penasihat Syariah untuk Bank Negara Malaysia. Jadi pembeli emas Public Gold boleh beli emas dengan penuh yakin dan tidak perlu risau tentang hukum jual beli emas bersama Public Gold. Ianya telahpun disahkan oleh pakar mualamat yang ternama di dunia.

Selain daripada itu, kita diberi peluang menjana pendapatan pasif bersama Public Gold dengan cara menjadi Dealer. Public Gold memberikan insentif kepada dealer mengikut percentage berikut:

     - Normal Dealer – 1%

     - Priority Dealer – 1.5%

     - Master Dealer – 2%

     - Rebat 0.3% untuk jualan balik emas.

Sebagai Dealer Public Gold, kita boleh pilih sama ada menjadi dealer Public Gold yang aktif dan menjana pendapatan lumayan sebagai Dealer, atau sekadar untuk dapat rebat atas belian sendiri.

Comments

Popular Posts